Ayahcu merupakan gelaran anak lelaki bongsu dalam sesebuah keluarga yang lazimnya digunakan oleh masyarakat di Perak. Gelaran ini dipanggil oleh anak-anak saudara sebagai panggilan hormat.
Wednesday, June 9, 2010
Pakcu Din (Zainudin bin Osman)
Pakcu Din, (adik arwah mak) merupakan anak bongsu. Beliau menetap di Beruas, Perak. Beliau diserang penyakit asma semasa bekerja (menoreh) di kebun getah dan dikejarkan ke Hospital Manjung. Masuk ke unit ICU beberapa hari dan syukur Alhamdulillah kesihatannya beransur pulih dan di tempatkan di wad biasa.