Sunday, March 14, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Latihan INFRA 2010

Tanggal 2 Mac 2010, bertempat Bilik Mesyuarat Utama KPLB, Sabah Mesyuarat Penyelarasan Latihan INFRA 2010 diadakan yang dipengerusikan oleh En. Abdul Razak, Timbalan SUT KPLB Sabah. Turut hadir adalah wakil dari Kementerian Pelancongan Sabah, Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Beberapa keputusan mengejutkan telah dicapai iaitu:-

i) Setiap latihan yang melibatkan JKKK Negeri Sabah perlu ditapis KPLB Sabah terlebih dahulu sebelum dilaksanakan;

ii) Pejabat Daerah adalah di bawah struktur pentadbiran KPLB. INFRA diminta melalui KPLB Sabah semua urusan yang melibatkan pejabat daerah (INFRA tidak ada kuasa memangil atau meminta bantuan secara terus dari pejabat daerah);

iii) KPLB mendakwa terdapat beberapa kursus bertindih dan kursus yang berkenaan tidak boleh diteruskan kerana menimbulkan kekeliruan JKKK. JKKK hanya perlu patuh kepada dasar dan keputusan KPLB sahaja;

iv) Bengkel PTD tidak sesuai dan tidak perlu dilaksanakan disebabkan KPLB sudahpun melaksanakan fungsi tersebut terhadap semua JKKK di Sabah.
Dengan keputusan mesyuarat tersebut, INFRA akan memaklumkan kepada stake holder pendirian KPLB tersebut setelah minit mesyuarat diperoleh.

Walau bagaimanapun kursus yang tidak melibatkan JKKK seperti kursus Pengurusan Masjid dengan kerjasama JHAEINS dan Kursus Asas Pelancongan Desa:Homestay dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Sabah mempunyai permintaan tinggi di negeri ini. Persoalannya ialah kewujudan INFRA berasaskan kepada fokus golongan sasar utama iaitu pemimpin akar umbi atau JKKK. Fikir-fikirkanlah!!!!

No comments: