Monday, April 12, 2010

Seminar Perladangan Karas dan Pengeluaran Gaharu











Seminar ini anjuran bersama MTIB, Jabatan Perhutanan Sabah, UMS, Persatuan Pengusaha Gaharu dan Bumiputera Sabah diadakan pada 12 -13 April 2010 bertempat di The Pacifik Sutera Hotel, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu Sabah. Perasmian disempurnakan YB Tan Sri Bernard G. Dompok, Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi. Turut diadakan juga menandatangani MoU antara MTIB dan UMS. Sebanyak 10 Kertas Kerja dibentangkan. Hari kedua (13/4/2010) lawatan ke ladang Gaharu Kampung Bantutai, Tuaran. Antara kegunaan gaharu adalah untuk minyak wangi, keagamaan, hiasan, status, teh (daun). Menurut En. Azmi Yahya, Ketua MTIB Johor pucuk gaharu boleh merawat diabetes dan darah tinggi dengan mengunyah 3 helai setiap pagi. Difahamkan rasanya pahit. Walau bagaimanapun produk teh sudah ada di pasaran tetapi agak terhad kuantitinya. Gaharu boleh diusahakan secara perladangan dan hasilnya boleh diperoleh dalam jangkamasa 10 tahun. Fikir-fikirkanlah.

1 comment:

ADMIN said...

salam,
satu posting yang baik. dapat membuka mata masyarakat yang masih tidak nampak potensi gaharu. pihak kami ada menawarkan lot tanah gaharu mampu milik dengan perkongsian untung. tanah tetap milik anda.
lawati :http://www.gunungcipta.net/
selamat maju jaya