Friday, February 19, 2010

Lawatan Ke W.P Labuan 2009







Pada September 2009 (bulan puasa) kami sekeluarga pergi ke WP Labuan. Menginap di rumah Mahasan (Pertanian). Di kesempatan lawatan tersebut sempat juga tukar tayar Bridgestone RM 175.00 sebiji. Agak malang kerana feri yang dijadualkan berlepas dari Menumbok ke WP Labuan jam 12.30 t.hari telah 'delay' kepada 2.30 pm. Difahamkan feri tersebut hanya menggunakan 1 kipas sahaja kerana 1 lagi kipas telah terjatuh ke dasar laut. Nasib baik kami dapat bertanggak (sampai tertidur di rumah ibu bapa Murni (kawan sekerja orang rumah) sempat juga aku dan anak-anak memancing di jeti bersama-sama ibu Murni. Ikan yang biasa dapat dipancing ialah sembilang.

No comments: