Wednesday, March 31, 2010

Mini MAHA 2010





Pada 26-28 Mac 2010, Mini MAHA diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Perasmian dilakukan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman. Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Noh Omar.

Penyerah Rasmi Bangunan Tambahan INFRA







Y. Bhg. Datuk Haji Abdul Jabar Che Nai, KSU, KKLW secara rasmi menerima penyerahan bangunan tambahan INFRA daripada JKR. Kos pembinan RM 32 juta. Bangunan 4 tingkat ini dilengkapi lif, pejabat Pengarah, Dua Pejabat Timbalan Pengarah, Bilik-bilik pegawai, Perpustakaan, Dewan Konvensyen, Dewan Serbaguna, Setor dan Kantin.

Jamuan Sempena Penyerahan Bangunan Tambahan INFRA







Majlis jamuan disediakan oleh kontraktor yang membina bangunan tambahan INFRA. Antara menu yang disediakan ialah masakan Pakistan dan kambing panggang berempah.

Majlis Penyerahan Rasmi Bangunan Tambahan INFRA Daripada JKR kepada KKLW







INFRA memperkukuhkan peranan sebagai Institut yang memberi fokus kepada kepimpinan peringkat akar umbi. Setelah bangunan sedia ada dihuni pada tahun 1998, Kini keluasan tersebut sudah tidak dapat menampung bilangan personel yang bertambah dari 31 perjawatan kepada 141 perjawatan sekarang. Penyerahan rasmi bangunan tambahan INFRA dilakukan oleh JKR kepada Datuk KSU KKLW pada 25 Mac 2010. Urusan perpindahan akan bermula pada April 2010. Perasmian akan disempurnakan oleh YB Menteri KKLW Datuk Seri Shafie Apdal pada 27 April 2010.

Pak Harun Taman Selasih Kulim


Pak Harun berminat membeli rumah No. 451, Jalan Meranti, Kulim. Menurut beliau keluasan corner lot sebagai faktor utama pemilihan rumah berkenaan. Beliau mempunyai 10 orang anak dan dengan keluasan tersebut mudahlah untuk anak-anaknya meletakkan kenderaan terutama apabila berkumpul semasa hari-hari perayaan.

Sunday, March 14, 2010

Awas! Musim Kemarau



Sekarang, kebanyakan negeri di Malaysia dilanda kemarau. Sabah tidak terkecuali. Beberapa kebakaran berlaku di sana-sini dan pasukan bomba dan penyelamat agak sibuk dan sentiasa berjaga-jaga. Bersebelahan Apartment Sri Kepayan satu kebakaran kecil berpunca kecuaian manusia berlaku dan mengakibatkan kawasan lebih kurang 1 ekar terbakar.

Gerai Kampung Melayu Petra Jaya



Pemandangan deretan gerai-gerai sepanjang tebing sungai Sarawak. Kawasan ini baharu sahaja dibangunkan dan rata-rata gerai tersebut menyajikan masakan daripada etnik melayu. Kawasan ini terletak diseberang sungai Sarawak. Sesiapa yang berhajat untuk ke sana perlu menaiki sampan dengan tambang 50 sen seorang. Awas daripada pemerhatian saya penumpang yang menaiki sampan tersebut tidak memakai 'life jacket' dan ini boleh mengundang bahaya sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Kek Lapis Sarawak



Sarawak terkenal dengan kek lapis. Dikesempatan berkunjung ke Kuching, kek lapis Sarawak dijadikan buah tangan apabila balik ke rumah nanti. Semasa di kedai kek lapis rata-rata orang luar yang berkunjung terutama dari Semenanjung. Semuga kek lapis Sarwak terus berkembang di masa akan datang.

Pintu Masuk Bangunan DUN Sarawak



Pintu masuk bangunan DUN Sarawak sangat menarik dan cantik.

Bangunan DUN Sarawak



Lanskap yang sangat cantik dan indah. Ibarat hamparan karpet hijau menghiasi kawasan bangunan DUN Sarawak.

Terubuk Masin Sarawak



Salah satu produk yang istimewa daripada Sarawak iatu Terubuk Ikan Masin.

Kuching, Sarawak



Mesyuarat Pemantauan Projek KKLW RMKe-9 diadakan pada 12 Mac 2010 di Bilik Gerakan, Pejabat SUP Sarawak, Tingkat 9, Bangunan Sultan Iskandar Sarawak. Pengerusi mesyuarat ialah Datuk Joseph Entulu Belaun, Timbalan Menteri KKLW. Fokus utama mesyuarat ini adalah projek-projek KKLW di Sabah dalam RMKe-9. Dalam mesyuarat tersebut telah dimaklumkan bahawa KKLW mempunyai pejabat Cawangan Bahagian Pembangunan dan Pemantau Projek yang diketuai Gred 54. Walau bagaimanapun Pengarah UPEN Sabah dan wakil KPLB Sabah bertanyakan status kewujudan pejabat cawangan KKLW sama ada sudah atau belum mendapat kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri. Pengerusi memaklumkan hal ini akan dibawa ke Kabinet. INFRA Sabah juga mohon Datuk Pengerusi supaya kewujudan Pejabat Cawangan INFRA Sabah turut dibawa ke Kabinet supaya fungsi dan peranan kewujudan pejabat INFRA tidak menimbulkan karenah birokrasi pada masa akan datang. Wakil KPLB menegaskan bahawa hanya KPLB mempunyai kuasa mengarah pejabat daerah (agensi lain tidak ada kuasa berkenaan). Datuk pengerusi juga agak terkejut atas isu yang dibangkitkan.

Mesyuarat Penyelarasan Latihan INFRA 2010

Tanggal 2 Mac 2010, bertempat Bilik Mesyuarat Utama KPLB, Sabah Mesyuarat Penyelarasan Latihan INFRA 2010 diadakan yang dipengerusikan oleh En. Abdul Razak, Timbalan SUT KPLB Sabah. Turut hadir adalah wakil dari Kementerian Pelancongan Sabah, Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Beberapa keputusan mengejutkan telah dicapai iaitu:-

i) Setiap latihan yang melibatkan JKKK Negeri Sabah perlu ditapis KPLB Sabah terlebih dahulu sebelum dilaksanakan;

ii) Pejabat Daerah adalah di bawah struktur pentadbiran KPLB. INFRA diminta melalui KPLB Sabah semua urusan yang melibatkan pejabat daerah (INFRA tidak ada kuasa memangil atau meminta bantuan secara terus dari pejabat daerah);

iii) KPLB mendakwa terdapat beberapa kursus bertindih dan kursus yang berkenaan tidak boleh diteruskan kerana menimbulkan kekeliruan JKKK. JKKK hanya perlu patuh kepada dasar dan keputusan KPLB sahaja;

iv) Bengkel PTD tidak sesuai dan tidak perlu dilaksanakan disebabkan KPLB sudahpun melaksanakan fungsi tersebut terhadap semua JKKK di Sabah.
Dengan keputusan mesyuarat tersebut, INFRA akan memaklumkan kepada stake holder pendirian KPLB tersebut setelah minit mesyuarat diperoleh.

Walau bagaimanapun kursus yang tidak melibatkan JKKK seperti kursus Pengurusan Masjid dengan kerjasama JHAEINS dan Kursus Asas Pelancongan Desa:Homestay dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Sabah mempunyai permintaan tinggi di negeri ini. Persoalannya ialah kewujudan INFRA berasaskan kepada fokus golongan sasar utama iaitu pemimpin akar umbi atau JKKK. Fikir-fikirkanlah!!!!

Serah Tugas



Sesi ringkas serah tugas oleh Haji Bahrin Md Lani kepada Ketua Cawangan INFRA Sabah pada petang Jumaat 26 Februari 2010 di pejabat KC Sabah.

Personel INFRA Sabah 2010



Sebahagian personel INFRA Sabah 2010. Kedudukan perjawatan seramai 16 jawatan tetapi setakat 28 Februari 2010 hanya diisi 14 jawatan sahaja. Kekosongan terdiri gred S44 (1) gred N27 (1). Mulai 1 Mac 2010 satu kekosongan akan berlaku lagi iaitu gred S 38, Hj. Bahrin Md. Lani akan bertukar ke JKM yang akan menjawat jawatan baru gred S41. Kepada Hj. Bahrin diucapkan tahniah di atas kejayaan dalam kerjaya semuga terus sukses di JKM. Berita gembiar turut kedengaran apabila Cik Norhasma Akup akan menjawat jawatan gred S27 di JKM. Ini bermakna mulai April 2010 kekuatan INFRA Sabah 13 orang sahaja. Begitulah senario penjawat awam datang dan pergi. Apa-apapun yang pergi tetap pergi, yang tinggal teruskan agenda yang ditetapkan oleh stake holder kita.

Apartment Sri Kepayan



Sejak Mac 2009, E-0-6 Lorong Sri Kepayan 14, Jalan Pintas 88200 Kota Kinabalu, Sabah merupakan tempat tinggal ke empat di Sabah. Sebelum ini pernah menginap di Putatan, Tanjung Aru dan Kampung Ganang.