Ayahcu merupakan gelaran anak lelaki bongsu dalam sesebuah keluarga yang lazimnya digunakan oleh masyarakat di Perak. Gelaran ini dipanggil oleh anak-anak saudara sebagai panggilan hormat.
Wednesday, June 9, 2010
Pembeli Rumah Taman Bersatu, Kulim, Kedah
Bersama Pak Harun di pejabat peguam Nazira and Co. di Kulim Kedah atas urusan jual-beli rumah Taman Bersatu Kulim. Pak Harun tinggal di Taman Selasih, Kulim.
adalah anak ke tujuh daripada lapan orang adik beradik maka digelar sebagai AYAHCU panggilan hormat@pangkat dalam kalangan anak-anak saudara. Lahir pada 25 Jun 1964 di Kampung Bukit Damar, Ara Panjang, Manong, Kuala Kangsar, Perak. Beberapa tahun selepas kelahiran keluarga berpindah dan menetap di Kampung Pauh, yang terletak di seberang sungai Perak. Bersekolah di SK Ara Panjang 1971 -1976, kemudian ke SMK Sultan Tajul Ariffin, Manong 1977-1981. Mulai 1982-1983 sambung belajar ke Tingkatan Enam di SMK Bukit Merchu Kuala Kangsar. Seterusnya belajar di USM, Pulau Pinang (1991-1998). Mula kerjaya di Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dan bertugas di LTAB Subang, Selangor 1985-1988. 1989 bertukar ke KDN dan bertugas di Pusat Serenti Bukit Mertajam hingga 30 September 1995. 1.10.1995 bertugas di Institut SEDAR, KEMAS dan 1.1.1996 di INFRA,KPLB Wisma Kim Seah, Jalan Puncak Off Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur. Mulai 1998 berpindah ke Kampus INFRA Bandar Baru Bangi. Mulai 1 Februari 2008 INFRA Cawangan Sabah beroperasi di Pejabat Cawangan di Plaza Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Melaksanakan pertukaran pada 16 Mac 2008.
Lokasi: Apartment Sri Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah.
Ummi Kasma
Pakaian solat wanita muslim
Solat
Duduk Tahyat Akhir
Pengarah dan SUBK
Pengarah INFRA, SUBK dan SUBP KKLW sedang menunggu ketibaan Y. Bhg. Dato' KSU.
Penyambut Tetamu
Sri kandi INFRA yang bertugas sebagai penyambut tetamu dalam masjlis penyerahan rasmi bangunan tambahan INFRA.
Penyerahan Rasmi Bangunan Tambahan INFRA
Majlis ringkas penyerahan rasmi bangunan tambahan INFRA daripada JKR ke KKLW.
Hazim dan Hafizuddin
Baru tiba di lokasi 'picnic' di Karambunai Lagoon Sabah.
Hazirah, Kasma dan Norzah
makan-makan sambil lepak dan sembang-sembang berkaitan tajuk dunia dan akhirat.
Hashim dan Alfian
Aktiviti membakar ayam dan ikan. Teringat kata Pak Pandir "angus ade asyak idak"
Berkayak
Hazim dan Hafizuddin berkayak di lagoon Karambunai. Sewaan kayak 1 jam RM 25.00.
Cucu Pak Daud
Hazirah mendukung Puteri
Kasma and Pn. Norzah
Majlis perkahwinan anak perempuan Mohd Ariffin Bansin Abdullah di Dewan Kebudayaan Penampang.
Alimah and Kasma
Menghadiri majlis perkhawinan anak rakan di Kampung Tebobon, Menggatal.
Brorrrrrrrr bobb... bobbb
Napnye!!! nasi lemak ni.!!!!
Adik N Abang
Menjamu selera dalam penerbangan Air Asia
Air Asia
Balik Ke Semenanjung 17 Dis. 2009.
Posing Sakan
Adik, Aza dan Saraf
Depan Rumah Ayahco
Aza, Adik, Aiman (dukung) Abang, Putra dan Saraf
Adik dan Abah
Dekat batu sempadan
Rumah Ayahco
Hari Raya Aidil Fitri 2008 bersama dengan family Nah
Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar
Kakak Ummi dan Adik
Car Porch
Tuan rumah (Ayahcu)
Ruang Tamu Pandangan Dari Luar
Keluasan 18'x20' atau 360 sq. ft.
Bilik No. 3
Bilik untuk anak perempuan
Pandangan Dari Arah Baruh
Pintu Gerbang ke Dapur
Tiang Roman
RM 15.00 sekaki atau RM 120.00 sebatang
Tapak Konkrit
Konkrit
Ayahco dan anak Ya'apor pekerja sedang memasukkan simen konkrit untuk tapak tiang
Rawatan Gelombang Mikro
Perubatan cara moden menggunakan tenaga elektrik (mikro) bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Lokasi di Belakang Giant Putatan, Sabah.
Tulis Nama Dalam Buku
Sebagai tanda kenang-kenangan maka saya menurunkan tandatangan dalam ruangan yang ditetapkan dengan ucapan 'Selamat Maju Jaya'. Lokasai OTOP Chaing Rai, Thailand. 12/1/2010. terima kasih.
Tom Yam Chaing Rai
Resepinya macam dimasukkan santan. Sebelum ini tak pernah jumpa sebegin. Walau bagaimanapun inilah rezeki yang Allah Ta'ala turunkan untuk kami hari ini. Halal Beb!!!!!
Ketibaan (Chiang Mai)
Heret beg besar tapi is dalam sikit aje.. konon nak borong barang-barang Siam apabila balik nanti. Apa barang tak tau lagi!!!
Cendera Mata
SUB menyerahkan cendera mata kenangan kepada pengurus OTOP
Tut-Tut
Tut-tut sangat popular dan praktikal di Chiang Mai. Tambang pun amat berpatutan. Dari Night Market ke Al Farooq hotel Bh60 (RM6)
Night Market Chaing Rai
Pilot Chiang Mai
Ini lah keturunan Siam Asli
BAPAK Penyapu
Terkenang sewaktu dulu, penyapu dijadikan hadiah kepada individu, yang menerima berasa tersangatlah malu, dek disebabkan tidak menunjukkan kualiti yang bermutu. Lain ceritanya di Chaing Rai. Kaum wanita juga mendominasi serta bekerjsama menghasilkan produk penyapu sehingga boleh dieksport. Dah sampai ke Perancis, tetapi belum masuk Malaysia lagi.
Chef De Mission
SUB PSM Tuan Haji Shafie merupakan ketua delagasi ke Chiangmai.
Nasir Naratiwat
Berjalan-jalan di Night Market dan tidak semena-mena terberkenalan dengan Nasir dari Naratiwat. Dia datang dengan satu rombongan. Kami berbual dalam loghat kelantan. Berbaju biru itu juga kaum kerabat si Nasir tu atau mungkin agaknya anak mak mentua dia.. tak sempat nak tanya.
Rendam Kaki Dalam Air Panas
Cuba-cuba rendam kut-kut hilang lenguh, letih dan lemah lutut.
Tenunan (Ulat Sutera)
Tenunan kain daripada (benang) produk ulat sutera akan menghasilkan kain yang berharga tinggi. Tapi AWAS?.. Kaum Adam haram memakainya dan tidak boleh dipakai menunaikan solat.
The Palm Chaing Rai.
Semasa lawatan di Chaing Rai, hotel Palm inilah destinasi penginapan kami.
Projek Payung, Chiang Mai.
Ini adalah lokasi pertama lawatan kami di Chiang Mai. Projek payung diusahakan oleh golongan wanita dan peralatan yang digunakan adalah konvensional. Tidak menggunakan teknologi moden. Produk payung juga di pasarkan ke luar negara (eksport)
Hot Spring
Hari kedua lawatan bertumpu di Wilayah Chaing Rai. Dalam perjalanan kami singgah di Hot Spring dan berjumpa beberapa orang pelancong Malaysia di lokasi tersebut. Kepanasan air tersebut boleh merebus telur sehingga 3/4 masak.
Thailand And Myanmar Border
Segi Tiga Emas (Thailand)
Fitting Coat
Peluang jangan dilepaskan. Jika di tanah air tidak dapat harga sebegini (Bh 3500). Maka dah terlanjur ke Siam, apalah salahnya buat sepasang Coat untuk digunakan dalam majlis-majlis rasmi di Malaysia nanti. Pada hemat aku tukang jahit ini macam muka orang Myanmar atau Nepal. Yang sah mereka beragama Hindu kerana ada kuil dalam kedainya..
Di Restoran Milik Orang Kelantan di Chiang Mai
Aku and Mr. Sam sempat menghirup kopi pada waktu petang di restoran yang dimiliki orang Kelantan yang bernikah dengan orang tempatan. Kami makan pulut dakap dan kuih-muih. Bila berada di tempat orang dan dapat jumpa dengan orang kita rasa 'confident' bila makan dan minum. Walaupun terdapat beberapa kedai makan Islam sekitarnya namun tak terbuka selera untuk membelinya apabila cara penyediaan makanan tersebut mirip makanan yang tidak halal. Contohnya itik gantung... tengok saja dan-dan hilang selera!!!!!!!!!!
Al-Farooq Hotel, Chiang Mai
Suasana pagi. Nyaman dan tenang. Hotel Al-Farooq sangat sesuai sebagai satu lokasi penginapan. Sekitarnya terdapat sebuah masjid yang jaraknya 300-400 meter sahaja. Terdapat restoran orang Islam (makanan halal). Sebuah daripada restoran tersebut dimiliki warga negara Malaysia (oghe Kelante) yang bernikan dan menetap di sini. Menurutnya dia berniaga lembu dan selalu membawa masuk lembu-lembu Siam ke Malaysia melalui Golok, Kelantan.
453 Taman Bersatu, Kulim, Kedah
Inilah rumah pertama yang teman beli menggunakan loan kerajaan. Dibeli atas tangan daripada orang cina pada tahun 1992. Rumah ini disewakan kepada peniaga kain (Indonesia). Berada dilokasi ialah Muhammad Hafizuddin Hashim (5 tahun) yang dirakam pada 15 Nov. 2004 jam 5.26 petang.
Kudat
Lihatlah kebesaran Allah swt menerusi ciptaannya yang maha hebat. Subhanallah!!!
Kudat 2007
Menunggu 'sunset' bersama Tuan Haji Ahmad Sulaiman dan Tuan Haji Bahrin Md Lani
Satu Malaysia
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan (Dilancar oleh YAB PM Mei 2009)
No comments:
Post a Comment