Ayahcu merupakan gelaran anak lelaki bongsu dalam sesebuah keluarga yang lazimnya digunakan oleh masyarakat di Perak. Gelaran ini dipanggil oleh anak-anak saudara sebagai panggilan hormat.
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan berlansung di Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak Hussein. Majlis Penangguhan disempurnakan oleh TYT Negeri Sabah.
Berkunjung ke Kudat tidak sah jika tidak pergi ke Simpang Mengayau. Lokasi ini lebih popular sebagai 'Tip Of Borneo" iaitu hujung paling utara sekali dalam pulau Borneo. Inilah Hebatnya Malaysia. Malaysia juga ada tanjung yang paling selatan dalam benua Asia iaitu terletak di Tanjung Piai, Johor.
Di Semenanjung terkenal dengan satay Kajang. Di pekan Beaufort terkenal pula dengan Satay Brunei. Dikesempatan kami sekeluarga pergi ke Menumbok untuk mengahdiri kenduri rakan sepejabat maka dalam perjalanan balik kami sempat singgah di Pekan Beaufort untuk menikmati juadah tersebut. Eemmm... memang ada rasa. kalau ada masa berhajat nak berkunjung lagi ke Beaufort.
Pakcu Din, (adik arwah mak) merupakan anak bongsu. Beliau menetap di Beruas, Perak. Beliau diserang penyakit asma semasa bekerja (menoreh) di kebun getah dan dikejarkan ke Hospital Manjung. Masuk ke unit ICU beberapa hari dan syukur Alhamdulillah kesihatannya beransur pulih dan di tempatkan di wad biasa.
Bersama Pak Harun di pejabat peguam Nazira and Co. di Kulim Kedah atas urusan jual-beli rumah Taman Bersatu Kulim. Pak Harun tinggal di Taman Selasih, Kulim.
Pada 24 April 2010 (Sabtu) majlis merisik dilakukan di Kampung Penimbawan, Serusup, Tuaran. Wakil pihak lelaki terdiri daripada saya, isteri dan M. Hafizuddin dan turut diiringi Hj. Bahrin dan Pn. Norzah, Dahali, Amli, Alfian dan si teruna (MARDIN). Persetujuan dicapai untuk mengadakan Majlis Pertunangan pada 15 Mei 2010 (tentatif). Untuk tiba ke kg. tersebut perlu menaiki bot dan jarak pelayaran lebih kurang 20 minit. Kami tiba di Kg. Penimbawan jam 10.30 pagi dan majlis berakhir 12.30 tengahari. Semuga Allah akan memberkati majlis tersebut dan Insya Allah akan terbinalah sebuah masjid lagi.
YADIM dan Persatuan Perubatan Islam Sabah mengadakan seminar berkaitan kurangkan gula dalam minuman. Turut diadakan pemeriksaan kesihatan percuma (gula dalam darah, kolestrol dan tekanan darah). Seminar tersebut diadakan di ruang legar Plaza Tanjung Aru.
Seminar ini anjuran bersama MTIB, Jabatan Perhutanan Sabah, UMS, Persatuan Pengusaha Gaharu dan Bumiputera Sabah diadakan pada 12 -13 April 2010 bertempat di The Pacifik Sutera Hotel, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu Sabah. Perasmian disempurnakan YB Tan Sri Bernard G. Dompok, Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi. Turut diadakan juga menandatangani MoU antara MTIB dan UMS. Sebanyak 10 Kertas Kerja dibentangkan. Hari kedua (13/4/2010) lawatan ke ladang Gaharu Kampung Bantutai, Tuaran. Antara kegunaan gaharu adalah untuk minyak wangi, keagamaan, hiasan, status, teh (daun). Menurut En. Azmi Yahya, Ketua MTIB Johor pucuk gaharu boleh merawat diabetes dan darah tinggi dengan mengunyah 3 helai setiap pagi. Difahamkan rasanya pahit. Walau bagaimanapun produk teh sudah ada di pasaran tetapi agak terhad kuantitinya. Gaharu boleh diusahakan secara perladangan dan hasilnya boleh diperoleh dalam jangkamasa 10 tahun. Fikir-fikirkanlah.
Pada 26-28 Mac 2010, Mini MAHA diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Perasmian dilakukan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman. Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Noh Omar.
Y. Bhg. Datuk Haji Abdul Jabar Che Nai, KSU, KKLW secara rasmi menerima penyerahan bangunan tambahan INFRA daripada JKR. Kos pembinan RM 32 juta. Bangunan 4 tingkat ini dilengkapi lif, pejabat Pengarah, Dua Pejabat Timbalan Pengarah, Bilik-bilik pegawai, Perpustakaan, Dewan Konvensyen, Dewan Serbaguna, Setor dan Kantin.
Majlis jamuan disediakan oleh kontraktor yang membina bangunan tambahan INFRA. Antara menu yang disediakan ialah masakan Pakistan dan kambing panggang berempah.
INFRA memperkukuhkan peranan sebagai Institut yang memberi fokus kepada kepimpinan peringkat akar umbi. Setelah bangunan sedia ada dihuni pada tahun 1998, Kini keluasan tersebut sudah tidak dapat menampung bilangan personel yang bertambah dari 31 perjawatan kepada 141 perjawatan sekarang. Penyerahan rasmi bangunan tambahan INFRA dilakukan oleh JKR kepada Datuk KSU KKLW pada 25 Mac 2010. Urusan perpindahan akan bermula pada April 2010. Perasmian akan disempurnakan oleh YB Menteri KKLW Datuk Seri Shafie Apdal pada 27 April 2010.
Pak Harun berminat membeli rumah No. 451, Jalan Meranti, Kulim. Menurut beliau keluasan corner lot sebagai faktor utama pemilihan rumah berkenaan. Beliau mempunyai 10 orang anak dan dengan keluasan tersebut mudahlah untuk anak-anaknya meletakkan kenderaan terutama apabila berkumpul semasa hari-hari perayaan.
Sekarang, kebanyakan negeri di Malaysia dilanda kemarau. Sabah tidak terkecuali. Beberapa kebakaran berlaku di sana-sini dan pasukan bomba dan penyelamat agak sibuk dan sentiasa berjaga-jaga. Bersebelahan Apartment Sri Kepayan satu kebakaran kecil berpunca kecuaian manusia berlaku dan mengakibatkan kawasan lebih kurang 1 ekar terbakar.
Pemandangan deretan gerai-gerai sepanjang tebing sungai Sarawak. Kawasan ini baharu sahaja dibangunkan dan rata-rata gerai tersebut menyajikan masakan daripada etnik melayu. Kawasan ini terletak diseberang sungai Sarawak. Sesiapa yang berhajat untuk ke sana perlu menaiki sampan dengan tambang 50 sen seorang. Awas daripada pemerhatian saya penumpang yang menaiki sampan tersebut tidak memakai 'life jacket' dan ini boleh mengundang bahaya sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sarawak terkenal dengan kek lapis. Dikesempatan berkunjung ke Kuching, kek lapis Sarawak dijadikan buah tangan apabila balik ke rumah nanti. Semasa di kedai kek lapis rata-rata orang luar yang berkunjung terutama dari Semenanjung. Semuga kek lapis Sarwak terus berkembang di masa akan datang.
adalah anak ke tujuh daripada lapan orang adik beradik maka digelar sebagai AYAHCU panggilan hormat@pangkat dalam kalangan anak-anak saudara. Lahir pada 25 Jun 1964 di Kampung Bukit Damar, Ara Panjang, Manong, Kuala Kangsar, Perak. Beberapa tahun selepas kelahiran keluarga berpindah dan menetap di Kampung Pauh, yang terletak di seberang sungai Perak. Bersekolah di SK Ara Panjang 1971 -1976, kemudian ke SMK Sultan Tajul Ariffin, Manong 1977-1981. Mulai 1982-1983 sambung belajar ke Tingkatan Enam di SMK Bukit Merchu Kuala Kangsar. Seterusnya belajar di USM, Pulau Pinang (1991-1998). Mula kerjaya di Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dan bertugas di LTAB Subang, Selangor 1985-1988. 1989 bertukar ke KDN dan bertugas di Pusat Serenti Bukit Mertajam hingga 30 September 1995. 1.10.1995 bertugas di Institut SEDAR, KEMAS dan 1.1.1996 di INFRA,KPLB Wisma Kim Seah, Jalan Puncak Off Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur. Mulai 1998 berpindah ke Kampus INFRA Bandar Baru Bangi. Mulai 1 Februari 2008 INFRA Cawangan Sabah beroperasi di Pejabat Cawangan di Plaza Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Melaksanakan pertukaran pada 16 Mac 2008.
Lokasi: Apartment Sri Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah.
Ummi Kasma
Pakaian solat wanita muslim
Solat
Duduk Tahyat Akhir
Pengarah dan SUBK
Pengarah INFRA, SUBK dan SUBP KKLW sedang menunggu ketibaan Y. Bhg. Dato' KSU.
Penyambut Tetamu
Sri kandi INFRA yang bertugas sebagai penyambut tetamu dalam masjlis penyerahan rasmi bangunan tambahan INFRA.
Penyerahan Rasmi Bangunan Tambahan INFRA
Majlis ringkas penyerahan rasmi bangunan tambahan INFRA daripada JKR ke KKLW.
Hazim dan Hafizuddin
Baru tiba di lokasi 'picnic' di Karambunai Lagoon Sabah.
Hazirah, Kasma dan Norzah
makan-makan sambil lepak dan sembang-sembang berkaitan tajuk dunia dan akhirat.
Hashim dan Alfian
Aktiviti membakar ayam dan ikan. Teringat kata Pak Pandir "angus ade asyak idak"
Berkayak
Hazim dan Hafizuddin berkayak di lagoon Karambunai. Sewaan kayak 1 jam RM 25.00.
Cucu Pak Daud
Hazirah mendukung Puteri
Kasma and Pn. Norzah
Majlis perkahwinan anak perempuan Mohd Ariffin Bansin Abdullah di Dewan Kebudayaan Penampang.
Alimah and Kasma
Menghadiri majlis perkhawinan anak rakan di Kampung Tebobon, Menggatal.
Brorrrrrrrr bobb... bobbb
Napnye!!! nasi lemak ni.!!!!
Adik N Abang
Menjamu selera dalam penerbangan Air Asia
Air Asia
Balik Ke Semenanjung 17 Dis. 2009.
Posing Sakan
Adik, Aza dan Saraf
Depan Rumah Ayahco
Aza, Adik, Aiman (dukung) Abang, Putra dan Saraf
Adik dan Abah
Dekat batu sempadan
Rumah Ayahco
Hari Raya Aidil Fitri 2008 bersama dengan family Nah
Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar
Kakak Ummi dan Adik
Car Porch
Tuan rumah (Ayahcu)
Ruang Tamu Pandangan Dari Luar
Keluasan 18'x20' atau 360 sq. ft.
Bilik No. 3
Bilik untuk anak perempuan
Pandangan Dari Arah Baruh
Pintu Gerbang ke Dapur
Tiang Roman
RM 15.00 sekaki atau RM 120.00 sebatang
Tapak Konkrit
Konkrit
Ayahco dan anak Ya'apor pekerja sedang memasukkan simen konkrit untuk tapak tiang
Rawatan Gelombang Mikro
Perubatan cara moden menggunakan tenaga elektrik (mikro) bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Lokasi di Belakang Giant Putatan, Sabah.
Tulis Nama Dalam Buku
Sebagai tanda kenang-kenangan maka saya menurunkan tandatangan dalam ruangan yang ditetapkan dengan ucapan 'Selamat Maju Jaya'. Lokasai OTOP Chaing Rai, Thailand. 12/1/2010. terima kasih.
Tom Yam Chaing Rai
Resepinya macam dimasukkan santan. Sebelum ini tak pernah jumpa sebegin. Walau bagaimanapun inilah rezeki yang Allah Ta'ala turunkan untuk kami hari ini. Halal Beb!!!!!
Ketibaan (Chiang Mai)
Heret beg besar tapi is dalam sikit aje.. konon nak borong barang-barang Siam apabila balik nanti. Apa barang tak tau lagi!!!
Cendera Mata
SUB menyerahkan cendera mata kenangan kepada pengurus OTOP
Tut-Tut
Tut-tut sangat popular dan praktikal di Chiang Mai. Tambang pun amat berpatutan. Dari Night Market ke Al Farooq hotel Bh60 (RM6)
Night Market Chaing Rai
Pilot Chiang Mai
Ini lah keturunan Siam Asli
BAPAK Penyapu
Terkenang sewaktu dulu, penyapu dijadikan hadiah kepada individu, yang menerima berasa tersangatlah malu, dek disebabkan tidak menunjukkan kualiti yang bermutu. Lain ceritanya di Chaing Rai. Kaum wanita juga mendominasi serta bekerjsama menghasilkan produk penyapu sehingga boleh dieksport. Dah sampai ke Perancis, tetapi belum masuk Malaysia lagi.
Chef De Mission
SUB PSM Tuan Haji Shafie merupakan ketua delagasi ke Chiangmai.
Nasir Naratiwat
Berjalan-jalan di Night Market dan tidak semena-mena terberkenalan dengan Nasir dari Naratiwat. Dia datang dengan satu rombongan. Kami berbual dalam loghat kelantan. Berbaju biru itu juga kaum kerabat si Nasir tu atau mungkin agaknya anak mak mentua dia.. tak sempat nak tanya.
Rendam Kaki Dalam Air Panas
Cuba-cuba rendam kut-kut hilang lenguh, letih dan lemah lutut.
Tenunan (Ulat Sutera)
Tenunan kain daripada (benang) produk ulat sutera akan menghasilkan kain yang berharga tinggi. Tapi AWAS?.. Kaum Adam haram memakainya dan tidak boleh dipakai menunaikan solat.
The Palm Chaing Rai.
Semasa lawatan di Chaing Rai, hotel Palm inilah destinasi penginapan kami.
Projek Payung, Chiang Mai.
Ini adalah lokasi pertama lawatan kami di Chiang Mai. Projek payung diusahakan oleh golongan wanita dan peralatan yang digunakan adalah konvensional. Tidak menggunakan teknologi moden. Produk payung juga di pasarkan ke luar negara (eksport)
Hot Spring
Hari kedua lawatan bertumpu di Wilayah Chaing Rai. Dalam perjalanan kami singgah di Hot Spring dan berjumpa beberapa orang pelancong Malaysia di lokasi tersebut. Kepanasan air tersebut boleh merebus telur sehingga 3/4 masak.
Thailand And Myanmar Border
Segi Tiga Emas (Thailand)
Fitting Coat
Peluang jangan dilepaskan. Jika di tanah air tidak dapat harga sebegini (Bh 3500). Maka dah terlanjur ke Siam, apalah salahnya buat sepasang Coat untuk digunakan dalam majlis-majlis rasmi di Malaysia nanti. Pada hemat aku tukang jahit ini macam muka orang Myanmar atau Nepal. Yang sah mereka beragama Hindu kerana ada kuil dalam kedainya..
Di Restoran Milik Orang Kelantan di Chiang Mai
Aku and Mr. Sam sempat menghirup kopi pada waktu petang di restoran yang dimiliki orang Kelantan yang bernikah dengan orang tempatan. Kami makan pulut dakap dan kuih-muih. Bila berada di tempat orang dan dapat jumpa dengan orang kita rasa 'confident' bila makan dan minum. Walaupun terdapat beberapa kedai makan Islam sekitarnya namun tak terbuka selera untuk membelinya apabila cara penyediaan makanan tersebut mirip makanan yang tidak halal. Contohnya itik gantung... tengok saja dan-dan hilang selera!!!!!!!!!!
Al-Farooq Hotel, Chiang Mai
Suasana pagi. Nyaman dan tenang. Hotel Al-Farooq sangat sesuai sebagai satu lokasi penginapan. Sekitarnya terdapat sebuah masjid yang jaraknya 300-400 meter sahaja. Terdapat restoran orang Islam (makanan halal). Sebuah daripada restoran tersebut dimiliki warga negara Malaysia (oghe Kelante) yang bernikan dan menetap di sini. Menurutnya dia berniaga lembu dan selalu membawa masuk lembu-lembu Siam ke Malaysia melalui Golok, Kelantan.
453 Taman Bersatu, Kulim, Kedah
Inilah rumah pertama yang teman beli menggunakan loan kerajaan. Dibeli atas tangan daripada orang cina pada tahun 1992. Rumah ini disewakan kepada peniaga kain (Indonesia). Berada dilokasi ialah Muhammad Hafizuddin Hashim (5 tahun) yang dirakam pada 15 Nov. 2004 jam 5.26 petang.
Kudat
Lihatlah kebesaran Allah swt menerusi ciptaannya yang maha hebat. Subhanallah!!!
Kudat 2007
Menunggu 'sunset' bersama Tuan Haji Ahmad Sulaiman dan Tuan Haji Bahrin Md Lani
Satu Malaysia
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan (Dilancar oleh YAB PM Mei 2009)